Advertisement

Bapak Kita dan Kami

 


Seorang lelaki yang amat aku sayangi. Seorang lelaki yang sentiasa berada dihatiku. Dan seorang lelaki yang sentiasa memberi ku semangat bila aku jatuh. Siapa? Dialah ayahku, dan pahlawanku

Wahai lelaki yang bernama ayah, terima kasih kerana sentiasa mendengar keluhan anakmu 

dan terima kasih kerana membesarkan anakmu ini dengan penuh kasih sayang. Penat lelahmu bekerja membuatkan aku ingin menjadi sepertimu. 

Seorang yang penyabar, seorang yang penyayang, dan juga seorang yang tak pernah putus asa dengan mencari rezeki yang halal pada keluarganya. 

Ayah, maafkan anakmu ini jika dia pernah mengecewakanmu, pernah membuatmu mengalirkan air mata, dan pernah membentakmu. 

Maafkan salah silap anakmu ini kerana tidak mendapat jadi anak yang baik padamu

InsyaAllah akan aku cuba mengembirakanmu serta membahagiakanmu. Senyuman mu itu ibarat permata yang berkilau dimataku

Posting Komentar

0 Komentar